salam :)

Alhamdulillah..
ALLAH mempermudahkan perjalananku hari ini.
DIA memberikanku kekuatan fizikal dan mental untuk mengharungi segalanya dalam harini.
Alhamdulillah, di dalam kesibukan dengan tugasan yang perlu diselesaikan, DIA mempermudahkan perjlnnku.

Hidup ini ada tenggelam timbulnya. Bukan sepanjang masa kita akan timbul. Dan bukan sepanjang masa kita akan tenggelam. Dan setiap orang tidak ditakdirkan untuk sentiasa timbul atau sentiasa tenggelam. Ini adalah seiring dengan hukum alam dalam untuk sentiasa berada dalam keadaan seimbang dan stabil.

Langit tidak selalu cerah, kerana langit akan gelap pada waktu malam. Cuaca tidak selalunya panas, kerana awan gelap akan membawa hujan membasahi bumi Tuhan. Kita bernafas menggunakan oksigen dan menghembus kembali karbon dioksida. Manakala tumbuhan pula sebaliknya. Semua ini adalah bagi menyeimbangkan kehidupan kita sehari-hari.

Sama juga dengan perjalanan hidup kita. Dari katil di hospital atau pangkuan ibu, hinggalah ke 'katil' kayu di bawah tanah, mesti ada pahit dan manisnya. Pahit dan manis adalah pengalaman yang kita timba untuk membawa diri mengharungi dunia yang pelbagai ragam ini. Daripada kecil, kita dimarahi oleh ibu dan bapa atas kesilapan kita. Leteran itu jugalah yang akan dibawa ke anak-anak generasi akan datang. Semua itu adalah untuk membina diri apabila sudah melangkah ke alam hidup yang sebenarnya, di mana diri kita sendiri yang akan membuat keputusan, dan mempertimbang baik dan buruknya sesuatu perkara.

Setiap orang ada takdirnya masing-masing. Kita merancang, ALLAH jua merancang dan ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Kita dah ada masa depan masing-masing. Tetapi kita mesti cuba mengejar masa depan itu selagi terdaya. Insya ALLAH, selagi kita berusaha seikhlas hati, ALLAH akan sentiasa membantu meringankan beban yang dipikul. ALLAH tidak akan menguji hamba-hamba-NYA melainkan DIA tahu yang hamba-NYA mampu mengharunginya. Yang penting, usaha dan tawakal. Insya ALLAH, hati kita akan sentiasa tenang.

Alhamdulillah. Setakat ujian yang aku lalui, aku masih mampu mengharunginya dengan kekuatan yang diberikan olehnya. Aku dah berusaha setakat yang aku mampu. Semoga hasil daripada usaha aku ini setimpal dengan yang telah diusahakan.

Dan kepada rakan-rakan yg seusia aku. Selamat datang ke alam baru. Yang membawa diri kita ke alam yang lebih dewasa. Dengan kerjaya masing-masing. Cita-cita masing-masing.

Semoga ALLAH memudahkan lg urusan dan perjalanan hidupku yang penuh cabaran dan rintangan..AMIN.. 

2 Response to "salam :)"

  1. aisy cripps says:
    April 10, 2010 at 11:44 AM

    yaa betul tu betul kita xle merungut dengan apa sekali ujian yang bakal kita hadapi. kita hanya perlu cakp syukur alhamdulillah. :) coz allah sayang kan kita sebab tu dia bagi kita masalah. so kita mesti bersyukur.uhuu.. n selamat menempuh dunia luar ni. :)

  2. miDi says:
    April 13, 2010 at 9:21 PM

    tol2 :)

Post a Comment